Masa : 10 pagi
Tempat : AIM Bintulu
Nama Pegawai : Encik Idrus
Laman Web : http://www.aim.gov.my/
LATAR BELAKANG
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan Amanah Persendirian yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). Pendekatan ini menawarkan skim pembiayaan kredit mikro berpenyeliaan rapi kepada golongan miskin untuk mengusahakan sebarang kegiatan ekonomi berasaskan kemahiran yang dimiliki sebagai usaha menambahkan pendapatan keluarga.
VISI
Untuk menjadi institusi kewangan mikro yang diberkati, dinamik dan bertaraf dunia bagi membasmi kemiskinan serta meningkatkan kesejahteraan ummah.
MISI
i. Menjadi sebuah institusi kewangan mikro yang kukuh, stabil, berdikari dan lestari
ii. Menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan mikro yang patuh syariah kepada isi rumah berpendapatan rendah
iii. Menyediakan infrastruktur teknologi dan sistem sokongan terkini bagi penyampaian produk dan perkhidmatan
iv. Memantapkan modal insan melalui penerapan budaya pembelajaran, keusahawanan dan inovasi yang berterusan
OBJEKTIF
· Mengurangkan kemiskinan di kalangan isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan.
· Melahirkan usahawan daripada kalangan miskin dan berpendapatan rendah.
· Menyediakan kemudahan kewangan, bimbingan dan latihan berterusan kepada usahawan-usahawan dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.
Pengambilan pekerja di AIM tidak sama sama dengan syarikat lain. Kemasukan kakitangan baru dilakukan pada tiap-tiap tahun mengikut kekosongan.
Cara pengambilan pekerja:
· Internet (www.aim.gov.my)
· Membuat iklan di dalam surat khabar
Antara jawatan yang biasa ditawarkan ialah:
· Pengawai Amanah (SPM)
· Pengurusan Eksekutif (Ijazah)
*Gaji asas atau permulaan ialah sebanyak RM1200, tidak termasuk elaun.
Antara elaun yang diberikan kepada pekerja ialah:
· Elaun minyak (RM19)
· Elaun kritikal (RM300)
· Elaun motosikal (RM50)
· Elaun rumah (RM150)
Untuk pelatih, tempohnya adalah selama 6 bulan, dan selepas itu pelatih tersebut akan menghadapi tempoh percubaan selama setahun. Setelah lulus percubaan, maka dapatlah jawatan yang ditawarkan. Ketika dalam tempoh percubaan, gaji tetap diberikan.
Antara program yang dijalankan oleh AIM untuk pekerjanya ialah:
· Ceramah
· Hari Keluarga AIM
Kesimpulan :
Terdapat banyak faedah dan juga kebaikan jika berkerja dengan AIM . Setiap pekerjanya juga dapat membantu golongan berpendapatan rendah untuk memulakan perniagaan . Pelbagai imlu dan juga kemahiran dapat dipelajari untuk kegunaan masa hadapan .
Update :
Aiman Abdul Halim