Monday, 2 February 2015

Interview Pejabat Residen Bintulu ( Penubuhan Syarikat)

Tarikh  : 15 Januari 2015
Masa    : 8.30 pagi - 9.40 pagi
Tempat : Tingkat 1 ,  Wisma Residen , Jalan Pisang Keling ,Off Jalan Tun Razak , 97000 Bintulu ,
               Sarawak .




BIODATA


Nama Pegawai :
Cik Nur Ain binti Hussen
Jawatan :
Pembantu Tadbir
No. Telefon : 086-331896
Laman web : http://www.bintuluro.sarawak.gov.my/


                                                                   PENGENALAN 

VISI 
"Enhancing the Quality of Life in Bintulu Division"

MISI
"Effectively Facilitating and Coordinating the People-Centric Projects, Programs and Services and Industrial Development"


OBJEKTIF 



Membangunkan sebuah masyarakat Bintulu yang makmur dan sejahtera :

-Menyediakan perkhidmatan pentadbiran dan berkanun yang cekap dan berkesan melalui Budaya
Kerja Profesional dan cemerlang .
-Memupuk , mempertingkatkan dan mengekalkan perpaduan di antara kaum
-Membangun dan mengekalkan Bahagian Bintulu sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan 
ekonomi negeri dan negara
-Memastikan pencapaian pembangunan sosio-budaya penduduk di bahagian Bintulu
-Memudahkan penyertaan golongan kurang upaya (disadvantage group) ke dalam arus pembangunan
perdana
-Membangunkan dan mengekalkan Bintulu sebagai kawasan kediaman , berkerja dan beriadah yang 
sihat sejahtera .


      Setiap syarikat yang ditubuhkan perlulah mendaftar terlebih dahulu di Pejabat Residen
Bintulu supaya perniagaan yang di jalankan mendapat kelulusan yang sah . Melalui temubual
bersama pegawai Cik Nur Ain kami di fahamkan bahawa cara yang berbeza di jalankan di sini
dan Semenanjung . Jika Semenanjung ,Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) iaitu yang
membolehkan jenis syarikat SDN.BHD dan Enterprise didaftarkan namun di Sarawak , SSM
hanya mendaftarkan jenis syarikat SDN.BHD sahaja . Oleh itu , jika ingin mendaftar jenis
syarikat Sdn.bhd dan Enterprise perlulah mendaftar di Pejabat Daerah .

Prosedur yang di perlukan untuk permohonan pendaftaran :
- Salinan kad pengenalan
- Perjanjian sewaan & hak milik tanah/kedai
- Cop syarikat (nama syarikat dan alamat komersial)

        Di Sarawak,pendaftaran alamat syarikat tidak boleh di daftarkan menggunakan alamat 
rumah.Tetapi di Semenanjung cara pendaftaran tetap sama dan boleh di daftarkan menggunakan
alamat rumah. Di samping itu,pemilihan nama syarikat di Sarawak tidak boleh menggunakan nama
Kenyalang. Yuran yang dikenakan untuk pendaftaran sebanyak RM77 .

        Permohonan lesen perniagaan , Pejabat Daerah juga yang akan mengeluarkan lesen iaitu bagi
 di Sarawak manakala di Semenanjung Pejabat Perbendaharaan bertanggungjawab mengeluarkan
lesen . Tempoh lesen yang dapat di gunakan adalah selama 1 tahun sahaja oleh itu selepas 1
tahun , syarikat perlu memperbaharui lesen jika lesen tamat tempoh . Jika gagal denda akan
dikenakan . Permohonan akan diluluskan dalam 14 hari waktu bekerja iaitu selama 3 minggu .  Pejabat Daerah tidak berhak untuk mendakwa atau mendenda syarikat yang tiada lesen . Hanya BDA sahaja yang mempunyai kuasa dan hak untuk mendenda syarikat yang tiada lesen . Jika kehilangan lesen , pemilik boleh membuat laporan polis dan membawa bukti kepada pejabat daerah supaya lesen dapat di buat baru . Contoh laporan polis :


       Jika syarikat muflis , pemilik syarikat perlu menutup syarikatnya dengan perunding dan jika pemilik sudah mampu untuk menubuhkan syarikat baru balik , pemilik boleh mendaftar semula dan mengikut balik proses mendaftar seperti biasa . Jika pemilik syarikat meninggal dunia atau tidak mampu lagi meneruskan , ahli keluarga yang terdekat atau rakan boleh menuruskan perniagaan itu tetapi perlu berjumpa perunding untuk pemindahan nama pemilik supaya di masa hadapan tidak berlaku sebarang masalah jika tidak menukarnya. Seterusnya, syarikat harus memberitahu setiap
aktiviti syarikat kepada pejabat daerah dari semasa ke semasa. 

Antara borang-borang yang di gunakan :



Antara Panduan :

- Pemilihan nama syarikat 
- Panduan permohonan (daftar,menukar nama pemilik)
- Penamatan syarikat






Rumusan :

Dari temubual ini kami dapat mengetahui tentang proses penubuhan syarikat , prosuder , syarat , penamatan syarikat , pemilihan nama syarikat , permohonan lesen dan lain-lain . Pejabat Daerah adalah sangat penting dalam sektor pendaftaran sebarang perniagaan yang mahu di tubuhkan iaitu contoh seperti Syarikat Vege krunch kami sendiri yang perlu membuat permohonan pendaftaran serta memenuhi segala syarat yang di perlukan . Sebarang permasalahan tentang syarikat yang di tubuhkan boleh juga berjumpa dengan penasihat dan perunding Pejabat Daerah ini sendiri supaya dapat di selesaikan . Usaha yang keras perlu ada pada setiap diri pemilik sendiri kerana di dalam penubuhan syarikat atau perniagaan perlu di jalankan dengan betul dan jika ada permasalahan perlu di selesaikan supaya syarikat sentiasa kukuh dan tidak muflis .


Rujukan :
http://www.bintuluro.sarawak.gov.my/
http://www.registercompany.my

Updated by :
FATIN NURADILAH A.R.ROMZI (S19298)





1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda

    ReplyDelete