Saturday, 17 January 2015

Interview Bersama AGROBANK

Tarikh : 15.01.2015
Masa   :
11 pagi
Tempat :
Lot 227 sublot 31,Jalan Tun Ahmad Zaidi Parkcity Commerce Square,
               97000 Bintulu, Sarawak.
Agenda :
  • Untuk mengetahui prosedur-prosedur serta syarat untuk membuat permohonan pinjaman agrobank
  • untuk mengetahui kelebihan membuat pinjaman kepada agrobank.



Pengenalan
              Agrobank telah ditubuhkan lebih daripada 40 tahun. Semenjak pengkorporatan pada tahun 2008, Agrobank adalah satu-satunya bank pertanian Malaysia. Saya selaku wakil daripada kumpulan empat telah menemubual Muhammad khairrurijal bin kamaruzaman iaitu Consumer Business Officer,Agrobank.hal ini kerana, pihak agensi agrobank telah mengehadkan bilangan orang yang ingin menemubualnya hanya wakil sahaja yang dibenarkan menemubualnya.Melalui temubual bersama Muhammad khairrurijal bin kamaruzaman,beliau menjelaskan objektif agensi Agrobank serta syarat-syarat permohonan pinjaman Agrobank seperti dibawah:
Objektif:
  • menyediakan dana tambahan untuk keperluan modal kerja atau suntikan modal atau pembiayaan projek/kontrak terutamanya dalam sector pertanian atau asas tani sebagai contoh mesin yang diperlukan dalam produk petani tersebut
syarat-syarat permohonan pinjaman:
  • sesebuah syarikat haruslah mempunyai rekod perniagaan syarikat dan resit akaun bank.syarat ini dikemukakan untuk memastikan sesebuah syarikat mampu membayar pinjaman Agrobank.
             Beliau juga turut menjelaskan kepada kami,petani yang membuat pinjaman Agrobank akan dipantau dari semasa ke semasa dan jika berlaku keadaan tidak diingini iaitu syarikat muflis,  Agrobank akan mengenakan tindakan seperti dibawah;
  •  tanah akan di tarik balik
  • premis di tarik balik
  • di isytiharkan muflis.
  • Barang-barang daripada hasil pinjaman agrobank akan ditarik balik
             Selain daripada itu,beliau turut menjelaskan kepada kami sasaran pasaran agensi Agrobank.sasaran pasaran adalah syarikat yang menjalankan aktiviti berkaitan pertanian bagi keperluan modal pusingan atau suntikan modal atau pembiayaan projek/kontrak dan lain-lain.
              Di samping, Beliau juga turut menjelaskan kepada kami mengenai pembiayaan-i mesin dan peralatan (MAEF-i) dimana beliau menjelaskan pihak agensi Agrobank menyediakan pilihan pembiayaan yang patuh syariah bagi pembelihan mesin pertanian dan perkilangan,peralatan atau kenderaan utiliti yang digunakan secara lansung atau tidak lansung untuk pengeluaran,pemprosesan dan pemasaran produk pertanian dan produk asas tani.Konsep Syariah digunakan di dalam Agrobank .
              Melalui temubual juga,beliau turut menjelaskan mengenai tentang kumpulan sasaran agensi Agrobank:
  •  pengusaha-pengusaha penyewaan mesin dan peralatan
  • usahawan di dalam sector perkilangan seperti pengeluaran,pemprosesan dan pemasaran untuk produk pertanian dan asas tani
  •  pemilik tanah
  •  petani dan peladang
             Akhir sekali,beliau turut memberitahu kepada kami akan kelebihan membuat pinjaman Agrobank.antaranya kelebihanya adalah seperti di bawah:
  • pembiayaan termasuk mesin,peralatan  dan kenderaan utilitIi yang terlibat dalam sector perkilangan seperti pengeluaram,pemprosesan atau pemasaran produk pertanian dan tidak terhad kepada sector pertanian.
  •  Pembiayaan sehingga 80% dariapada kos keseluruhaa mesin terpakai berbanding 70% di pasaran semasa.
  • Disesuaikan dengan keperluan pembiayaan pelanggan 

Rujukan :
  •  http://www.agrobank.com.my/  
      


    Rumusan

    kesimpulnya,dari temubual ini kami dapat mengetahui tentang syarat-syarat atau prosedur untuk membuat permohonan pinjaman Agrobank dimana syarikat haruslah mempunyai rekod perniagaan syarikat.selain itu kami juga mengetahui tindakan yang di ambil oleh pihak Agrobank jika sesebuah syarikat tidak membayar permohonan pinjaman yang dilakukan.di samping itu,agrobank juga menjelaskan dan menerangkan secara terperinci kepada kami mengenai kumpulan sasaran agensi dan akhir sekali,kami mengetahui mengenai kebaikan membuat pemohonan peminjaman terhadap Agrobank.





     
     Lampiran 

     
    Gambar: borang pemohonan peminjaman/pembiayaan modal usahawan 1 malaysia

    By: NOR HAZLIN BINTI AMIR HASSAN-S19393


1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda

    ReplyDelete