Saturday, 17 January 2015

Interview Bersama AGROBANK

Tarikh : 15.01.2015
Masa   :
11 pagi
Tempat :
Lot 227 sublot 31,Jalan Tun Ahmad Zaidi Parkcity Commerce Square,
               97000 Bintulu, Sarawak.
Agenda :
  • Untuk mengetahui prosedur-prosedur serta syarat untuk membuat permohonan pinjaman agrobank
  • untuk mengetahui kelebihan membuat pinjaman kepada agrobank.



Pengenalan
              Agrobank telah ditubuhkan lebih daripada 40 tahun. Semenjak pengkorporatan pada tahun 2008, Agrobank adalah satu-satunya bank pertanian Malaysia. Saya selaku wakil daripada kumpulan empat telah menemubual Muhammad khairrurijal bin kamaruzaman iaitu Consumer Business Officer,Agrobank.hal ini kerana, pihak agensi agrobank telah mengehadkan bilangan orang yang ingin menemubualnya hanya wakil sahaja yang dibenarkan menemubualnya.Melalui temubual bersama Muhammad khairrurijal bin kamaruzaman,beliau menjelaskan objektif agensi Agrobank serta syarat-syarat permohonan pinjaman Agrobank seperti dibawah:
Objektif:
  • menyediakan dana tambahan untuk keperluan modal kerja atau suntikan modal atau pembiayaan projek/kontrak terutamanya dalam sector pertanian atau asas tani sebagai contoh mesin yang diperlukan dalam produk petani tersebut
syarat-syarat permohonan pinjaman:
  • sesebuah syarikat haruslah mempunyai rekod perniagaan syarikat dan resit akaun bank.syarat ini dikemukakan untuk memastikan sesebuah syarikat mampu membayar pinjaman Agrobank.
             Beliau juga turut menjelaskan kepada kami,petani yang membuat pinjaman Agrobank akan dipantau dari semasa ke semasa dan jika berlaku keadaan tidak diingini iaitu syarikat muflis,  Agrobank akan mengenakan tindakan seperti dibawah;
  •  tanah akan di tarik balik
  • premis di tarik balik
  • di isytiharkan muflis.
  • Barang-barang daripada hasil pinjaman agrobank akan ditarik balik
             Selain daripada itu,beliau turut menjelaskan kepada kami sasaran pasaran agensi Agrobank.sasaran pasaran adalah syarikat yang menjalankan aktiviti berkaitan pertanian bagi keperluan modal pusingan atau suntikan modal atau pembiayaan projek/kontrak dan lain-lain.
              Di samping, Beliau juga turut menjelaskan kepada kami mengenai pembiayaan-i mesin dan peralatan (MAEF-i) dimana beliau menjelaskan pihak agensi Agrobank menyediakan pilihan pembiayaan yang patuh syariah bagi pembelihan mesin pertanian dan perkilangan,peralatan atau kenderaan utiliti yang digunakan secara lansung atau tidak lansung untuk pengeluaran,pemprosesan dan pemasaran produk pertanian dan produk asas tani.Konsep Syariah digunakan di dalam Agrobank .
              Melalui temubual juga,beliau turut menjelaskan mengenai tentang kumpulan sasaran agensi Agrobank:
  •  pengusaha-pengusaha penyewaan mesin dan peralatan
  • usahawan di dalam sector perkilangan seperti pengeluaran,pemprosesan dan pemasaran untuk produk pertanian dan asas tani
  •  pemilik tanah
  •  petani dan peladang
             Akhir sekali,beliau turut memberitahu kepada kami akan kelebihan membuat pinjaman Agrobank.antaranya kelebihanya adalah seperti di bawah:
  • pembiayaan termasuk mesin,peralatan  dan kenderaan utilitIi yang terlibat dalam sector perkilangan seperti pengeluaram,pemprosesan atau pemasaran produk pertanian dan tidak terhad kepada sector pertanian.
  •  Pembiayaan sehingga 80% dariapada kos keseluruhaa mesin terpakai berbanding 70% di pasaran semasa.
  • Disesuaikan dengan keperluan pembiayaan pelanggan 

Rujukan :
  •  http://www.agrobank.com.my/  
      


    Rumusan

    kesimpulnya,dari temubual ini kami dapat mengetahui tentang syarat-syarat atau prosedur untuk membuat permohonan pinjaman Agrobank dimana syarikat haruslah mempunyai rekod perniagaan syarikat.selain itu kami juga mengetahui tindakan yang di ambil oleh pihak Agrobank jika sesebuah syarikat tidak membayar permohonan pinjaman yang dilakukan.di samping itu,agrobank juga menjelaskan dan menerangkan secara terperinci kepada kami mengenai kumpulan sasaran agensi dan akhir sekali,kami mengetahui mengenai kebaikan membuat pemohonan peminjaman terhadap Agrobank.





     
     Lampiran 

     
    Gambar: borang pemohonan peminjaman/pembiayaan modal usahawan 1 malaysia

    By: NOR HAZLIN BINTI AMIR HASSAN-S19393


Friday, 16 January 2015

Perjumpaan & Perbincangan Ke-5

Tarikh : 15 Januari 2015
Masa   : 8.00 mlm
Tempat : Dewan makan KK2 , Kolej Sri Rajang



Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk membincangkan tentang soalan-soalan yang bakal di temubual pada keesokkan hari . Soalan terbahagi kepada beberapa tempat yang ingin di temubual dan jenis soalan :
- Pejabat Residen Bintulu ( Penubuhan Syarikat / operasi )
- FAMA ( Pemasaran )
- Agro Bank ( Kewangan )




Kami berkumpul dan bergabung beberapa kumpulan dalam perbincangan ini kerana pihak yang ingin di temubual tidak membenarkan pelajar berulang kali membuat temubual kerana kami mempunyai ramai kumpulan . Oleh itu , kami mengambil keputusan berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa bersama-sama walaupun setiap ahli kumpulan tidak mencukupi kerana mempunyai rombongan ke Sabah .



Update by :
FATIN NURADILAH A.R.ROMZI (S19298)

Friday, 9 January 2015

Perjumpaan ke 4

Tarikh   : 27.12.2014
Masa     : 9.00 Malam
Tempat : KK2 , Kolej Sri Rajang , UPMKB



             Perjumpaan kali ini kami membincangkan mengenai temubual yang bakal kami lakukan iaitu di Jabatan Pertanian Bintulu . Kali ini kami akan menemubual mengenai kewangan . Selain itu , kami juga membincangkan soalan yang bakal kami tanya berkenaan kewangan . Kewangan ini adalah mengenai cara atau proses yang harus di lakukan oleh usahawan untuk mendapat pinjaman kewangan dan berapa jumlah yang dapat di berikan . Seterusnya , kami juga mencari maklumat mengenai kilang dan syarikat lain yang bakal kami temubual akan datang .

Thank you .

Update by :
Fatin Nuradilah Bt A.R.Romzi