Sunday, 1 March 2015

Interview bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Tarikh : 3/02/2015
Masa : 10 pagi
Tempat : AIM Bintulu
Nama Pegawai : Encik Idrus
Laman Web : http://www.aim.gov.my/




LATAR BELAKANG
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan Amanah Persendirian yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). Pendekatan ini menawarkan skim pembiayaan kredit mikro berpenyeliaan rapi kepada golongan miskin untuk mengusahakan sebarang kegiatan ekonomi berasaskan kemahiran yang dimiliki sebagai usaha menambahkan pendapatan keluarga.

VISI
Untuk menjadi institusi kewangan mikro yang diberkati, dinamik dan bertaraf dunia bagi membasmi kemiskinan serta meningkatkan kesejahteraan ummah.

MISI
i. Menjadi sebuah institusi kewangan mikro yang kukuh, stabil, berdikari dan lestari
ii. Menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan mikro yang patuh syariah kepada isi rumah berpendapatan rendah
iii. Menyediakan infrastruktur teknologi dan sistem sokongan terkini bagi penyampaian produk dan perkhidmatan
iv. Memantapkan modal insan melalui penerapan budaya pembelajaran, keusahawanan   dan inovasi yang berterusan


OBJEKTIF
· Mengurangkan kemiskinan di kalangan isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan.
· Melahirkan usahawan daripada kalangan miskin dan berpendapatan rendah.
· Menyediakan kemudahan kewangan, bimbingan dan latihan berterusan kepada usahawan-usahawan dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.





Pengambilan pekerja di AIM tidak sama sama dengan syarikat lain. Kemasukan kakitangan baru dilakukan pada tiap-tiap tahun mengikut kekosongan.
Cara pengambilan pekerja:
·  Internet (www.aim.gov.my)
· Membuat iklan di dalam surat khabar

Antara jawatan yang biasa ditawarkan ialah:
· Pengawai Amanah (SPM)
· Pengurusan Eksekutif (Ijazah)

*Gaji asas atau permulaan ialah sebanyak RM1200, tidak termasuk elaun.
Antara elaun yang diberikan kepada pekerja ialah:
· Elaun minyak (RM19)
· Elaun kritikal (RM300)
· Elaun motosikal (RM50)
· Elaun rumah (RM150)

Untuk pelatih, tempohnya adalah selama 6 bulan, dan selepas itu pelatih tersebut akan menghadapi tempoh percubaan selama setahun. Setelah lulus percubaan, maka dapatlah jawatan yang ditawarkan. Ketika dalam tempoh percubaan, gaji tetap diberikan.

Antara program yang dijalankan oleh AIM untuk pekerjanya ialah:
· Ceramah
· Hari Keluarga AIM




Kesimpulan :

Terdapat banyak faedah dan juga kebaikan jika berkerja dengan AIM . Setiap pekerjanya juga dapat membantu golongan berpendapatan rendah untuk memulakan perniagaan . Pelbagai imlu dan juga kemahiran dapat dipelajari untuk kegunaan masa hadapan .


Update :
Aiman Abdul Halim


INTERVIEW JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK BAHAGIAN BINTULU


Tarikh : 12/02/2015 (Khamis)
Masa : 10.30 Pagi
Tempat : Bangunan Persekutuan, Tingkat 2, Peti Surat 418, Jalan Tun Razak, Batu 2, 97008, Bintulu, Sarawak
Nama Pegawai : Pn Bibi Diana Binti Abdul Manaf , (Penolong Pengarah Tenaga Kerja Bintulu)


                   
Bergambar dengan Pn Diana

Latar Belakang
Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dirubuhkan pada 26 Juali 1960.Di bawah InterGovernmental Committee (IGC) Report 1962.Jabatan Tenaga Kerja Sarawak diletakkan di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia.Jabatan Tenaga Kerja Bintulu telah beroperasi pada   1 Julai 1979 .

Visi
Peneraju utama kecemerlangan pentadbiran perburuhan di sektor swasta


Misi
Memperkasakan pentadbiran perburuhan untuk meningkatkan kebajikan warga pekerja dan kepentingan para majikan serta memperluaskan peluang pekerjaan bagi memenuhi keperluan pasaran buruh


Objektif


  • Melindungi kepentingan dan memajukan kebajikan masyarakat industri
  • Mengutamakan dan mengekalkan peluang-peluang pekerjaan kepada warganegara
  • Membantu industri meningkatkan daya saing bagi menghadapi cabaran-cabaran globalisasi
  • Mewujudkan tenaga kerja dan majikan yang berpengetahuan dalam hal perburuhan dan undang-undang buruh demi membina suasana perburuhan yang kondusif bagi pembangunan perindustrian dan pelaburan





Fungsi

Penggubal Dasar Perburuhan /Penasihat
·         Mengubal dasar-dasar perburuhan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia
·         Menasihati pihak yang berkenaan berkaitan perundangan-perundangan buruh dan hal-hal perburuhan di Sarawak



Pentadbiran dan Pengangkutan
·         Menguatkuasakan undang-undang Perburuhan
·         Memberi pertimbangandan keputusan atas permohonan lessen dan permit perburuhan


Perkhidmatan Pekerjaan
·         Pendaftaran dan penempatan pencari kerja
·         Bimbingan kerjaya


Prosedur pengambilan kerja di Sarawak tidak sama di Semenanjung Malaysia dan di Sabah .Di Sarawak pengambilan tenaga kerja berpandukan Labour Ordinance (Sarawak cap.76).Prosedur pengambilan tenaga kerja di Sarawak mengutamakan penduduk tempatan yang berasal dari Sarawak terlebih dahulu sebelum mengambil pekerja yang bukan dari Sarawak.Perbezaan gaji di Sarawak berbanding Semenanjung Malaysia adalah RM 800 untuk sebulan bagi gaji asas

Dokumen :Laporan tentang pekerja bukan permastautin yang digaji





Dalam temu ramah,  Pn Diana menerangkan cara pihak majikan mengambil pekerja  mengunakan saluran Jabatan Tenaga Kerja bagi mengiklankan jawatan kosong terhadap orang ramai.Dengan ini dapat memudahkan urusan pihak majikan untuk mengambil pekerja mengikut kriteria majikan yang ditetapkan .Jabatan Tenaga Kerja akan membantu mengiklankan jawatan kosong dengan mengiklankan di radio RTM Sarawak dan surat khabar.Format pengiklanan akan di sediakan oleh Jabatan Tenaga Kerja dan mempunyai beberap perkara isi penting seperti gaji,jawatan yang disediakan ,bilang kekosongan ,alamat temuduga serta tarikh tutup temuduga.



                                                   Kontrak iklan


Draf puntuk pengiklanan

       

 Terdapat beberapa kriteria yang perlu ada pada pemohon seperti :

Sikap
· Bahasa badan ,cara komunikasi dengan panel

· Berpakaian kemas dan bersesuaian


Kelayakan
· Akedemik
· Keupayaan dalam beberapa bahasa seperti bahasa melayu,bahasa inggeris , bahasa mandarin dan lain-lain



Selain itu,bagi pihak majikan yang ingin mengetahui berkenaan dengan undang-undang pekerjaan di Sarawak boleh berpandukan buku Labour Ordinance (Sarawak CAP 76)
Labour Ordinance


Rumusan
Kesimpulan ,pemilihan pekerja merupakan salah satu yang penting kerana dapat memastikan pekerja yang berkualiti dari segi aspek sikap mahupun pekerjaan yang dijalankan.Majikan memainkan peranan yang penting dalam pemilihan pekerja yang berkualiti.Pekerja yang berkuliti mampu meningkatkan mutu sesebuah syarikat .Pihak majikan juga hendak mengetahuai undang-undang pekerja supaya dapat memudahkan urusan berkaitan sumber manusia dengan lebih teratur ,sistemati dan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.





Muhammad Firdaus 
s19092