Monday, 29 December 2014

Interview bersama Mentor Kerepek

Tarikh : 22.12.2014
Masa   : 9.00 pagi
Tempat : Kg. Penan Muslim , Batu 10 ,
               Jalan Bintulu Miri ,
               97000 Bintulu , Sarawak .



Nama pengusaha / Mentor :
Puan SitiNah Binti Sumar 

 Perusahaan :
                                                     Kerepek dan Kuih kering (CT MAR)

Jenis perniagaan :
                                                                   Milikan Tunggal

Alamat perniagaan :
                     Kg. Penan Muslim , Batu 10 , Jalan Bintulu Miri , 97000 Bintulu , Sarawak .

No. Telefon :
                                                                      014-8773506

Email :
                                                            Sitinah.sumar@gmail.com



 Pengenalan


   Pada temubual yang pertama kami sekumpulan menemubual Pn. SitiNah Binti Sumar iaitu pengusaha CT MAR . Bukan sekadar kerepek dan kuih kering, beliau juga menjual pelbagai produk seperti kek dan apam. Puan SitiNah juga mula menceburi bidang perusahaan ini iaitu secara kecil-kecilan iaitu pada tahun 2008 . Kilang ini merupakan kilang persendirian iaitu milikan tunggal yang di usahakan oleh Puan SitiNah dan 2 orang pekerjanya . Perniagaan kerepek dan kuih kering yang dijalankan adalah daripada resipi turun-temurun keluarganya  . Jabatan Pertanian memberi pinjaman permulaan modal kepada perniagaan ini iaitu sebanyak RM3000 .

   Selain itu , temubual ini juga mengenai proses yang di lakukan untuk membuat kerepek dan kami juga dapat melihat cara pembuatannya . Kami juga menebual mengenai cara dan sejarah yang beliau lakukan untuk memulakan perniagaan ini iaitu dimana beliau mendaftar perniagaan ini dan latar belakang mengenai kilang ini .Kilang ini beroperasi seawal pagi iaitu jam 8.00pagi-6.00petang . Permintaan terhadap produk Puan SitiNah ini popular dan mendapat tempahan yang banyak terutama di musim perayaan , di Pasar Utama Bintulu dan juga terdapat di sekolah-sekolah juga .


Langkah perusahaan di jalankan :
  • 2008 : Modal dari Jabatan Pertanian untuk memulakan perniagaan iaitu sebanyak RM3000 .
  • 2010 : Membeli peralatan pemprosesan dan membesarkan tempat pemprosesan iaitu berjumlah sebanyak RM15,000 .
              - Peralatan (RM10000)
              - Membesarkan tempat pemprosesan (RM5000)
    Pasaran yang di lakukan beliau adalah melalui jualan terus dan juga tempahan-tempahan yang di terima oleh orang ramai .  Pada setiap 25hb Puan SitiNah perlu membuat laporan kepada Jabatan Pertanian tentang kuantiti keluar masuk , untung/rugi , gas , elektrik dan gaji pekerja (2 orang) RM30-40/hari .

Produk & Harga


Kerepek Sayur yang popular
RM15/KG



Lebih Lanjut mengenai jenis harga dan produk kuih , kek , apam yang dijual CT MAR boleh melayari blognya sendiri : http://kuihkeringctmar.blogspot.com

Dalam temubual ini kami dapat mengetahui proses dalam penubuhan sesuatu penubuhan dan proses membuat dan melihat sendiri proses membuat kerepek dan kuih . Puan SitiNah adalah seorang mentor bagi kami untuk meneruskan perniagaan kerana beliau sangat bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa dalam menjalankan perusahan ini walau pada mulanya secara kecil-kecilan dan atas usahanya sendiri sekarang beliau telah berjaya dalam bidang ini dan produknya mendapat permintaan tinggi di kalangan kawasan setempat serta di merata tempat .




Thank you ,
Update by : Fatin Nuradilah

3 comments: